Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Banduan Insaf, Sebak Beraya...

KUANTAN – Hati ibu mana tidak terusik apabila anak yang ditatang bagai minyak...

Kejayaan Asyraf Wajdi Tanda...

KEMENANGAN Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO beri isyarat...

Rafizi Lebih Gembira Jadi...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak faham orang yang tergila-gila kejar jawatan awam seperti...

Wanita Dakwa Dicabul Dalam...

JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga Malaysia yang bekerja di Singapura mendakwa dirinya...

Melecur Demi Selamatkan Jiran Berusia 100 Tahun

ALOR SETAR – Seorang wanita melecur pada muka ketika menyelamatkan jirannya yang berusia 100 tahun dalam kebakaran di Kampung Tanjung Bendahara di sini.

Dalam kejadian 2 petang tadi, Saadah Awang, 64, menyelamatkan Hitam Yaakob iaitu ibu kepada jirannya.

Jirannya Rohima Ahmad, 57, berkata beliau mahu memandikan ibunya apabila menyedari berlaku percikan api daripada kotak fius di bahagian bawah rumah dua tingkat yang disewanya sejak empat tahun lalu.

“Saya terus menjerit meminta tolong sebelum Saadah dan menantunya datang dan mengangkat ibu saya keluar dari rumah. Saya kemudian masuk semula ke dalam rumah untuk mengejutkan tiga orang cucu saya yang sedang tidur di ruang tamu serta menyuruh seorang anak saya agar menyelamatkan diri.

“Saadah yang merupakan tuan rumah saya cedera di muka,” katanya.


Suami Saadah, Omar Hanafi, 71, berkata isterinya yang juga merupakan pesakit jantung dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Kebakaran dipadamkan pihak bomba. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori