Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Operasi Cari Remaja OKU...

KEMAMAN - Gerakan mencari dan menyelamat seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) yang...

Hasrat Kanak-Kanak Leukemia Naik...

PETALING JAYA - Hasrat seorang kanak-kanak lelaki yang menghidapi penyakit leukemia untuk menaiki...

Pengasas Produk Kecantikan Ditahan

KUALA LUMPUR - Polis menahan pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung video...

Penonton Tak Senonoh, Tak...

JOGET Bumbung merupakan satu tarian terkenal di Bali, Indonesia yang pada mulanya dibawa...

‘Menjadi Calon Rakyat’ Moto Calon PAS Di Sungai Besar

SUNGAI BESAR – ‘Menjadi Calon Rakyat’ merupakan moto calon taruhan PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman.

Meskipun bukan anak tempatan di kawasan berkenaan, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Meru itu cukup dikenali memandangkan beliau adalah bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

Dr Abdul Rani, 58, anak jati Selangor, mempunyai empat orang anak dan empat cucu.

Beliau merupakan seorang doktor perubatan dan memiliki sebuah klinik swasta di Batu 6 1/2, Pekan Meru, Klang, dikenali sebagai Klinik Fitrah.

Bekas Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kapar itu berkelulusan M.B.CH.B (Ijazah dalam bidang Perubatan) dari Tanta Universiti Republik Arab, Mesir.

Dr Abdul Rani pernah bertugas selama lapan tahun di Kementerian Kesihatan dan pernah ditugaskan di Hospital Sarawak selama empat tahun.

Sementara itu, calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Abdul Shukur, 51, merupakan anak kepada bekas ADUN Sungai Burong, Datuk Abdul Shukur Sirat.


Anak tempatan Parlimen Sungai Besar itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar, SMK Tunku Abdul Rahman Putra dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yoke Kuan, Sekinchan.

Beliau yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar, kemudian melanjutkan pengajian di Karachi, Pakistan dalam bidang Hadis dan Pengajian Islam.

Selain aktif dalam politik, Azhar turut berkecimpung dalam dunia perniagaan selain merupakan seorang aktivis kemasyarakatan.

PRK Parlimen Sungai Besar ditetapkan pada 18 Jun ini berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pilihan raya kecil itu bakal menyaksikan Dr Abdul Rani dan Azhar berdepan calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori