MEMANDANGKAN harga makanan dan minuman di Bazar Ramadan saban tahun naik harganya, apa kata anda cuba sendiri memasak beberapa menu ringkas bagi menjimatkan perbelanjaan.
Selain itu, menu ringkas dan hanya menggunakan sedikit sahaja bahan ini, cukup praktikal lebih-lebih lagi buat orang bujang di luar sana.
Antara masakan ringkas tapi cukup enak ini adalah udang telur masin, sotong berlada, ayam masak merah, ayam lemon dan ikan stim.
Senang je kan? Apa lagi cubalah sendiri masakan yang telah diajar oleh Fendi ini.
Memang cepat, mudah dan pantas malah kebersihan masakan juga terjamin jika anda masak sendiri.
Selamat mencuba! – MYNEWSHUB.CC