Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Fasa 18 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur...

Terkejut Bangun Tidur Ada...

NEW DELHI— Entah apalah mimpi buruk dialami oleh seorang lelaki di India ini...

Warga Asing Ingin Ikuti...

KANGAR - Polis Perlis akan membuat tapisan ke atas semua warga asing yang...

‘Toyol Cilik’ Dicekup Ustazah

LAHAD DATU - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang cuba memecah masuk sebuah rumah...

Miliki Kereta Curi, Bapa 3 Anak Dipenjara 6 Bulan

KUALA LUMPUR – Seorang bapa tiga anak dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kereta curi tahun lepas.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Wong Mun Wah, 35, dan memerintahkan hukuman itu bermula selepas hukuman penjara bagi kesalahan memecah masuk rumah selesai pada 25 Jun ini.

Wong yang sebelum ini merupakan subkontraktor, didakwa menyimpan sebuah kereta curi jenis Naza Citra bernilai RM20,000 milik Choo Wai Pheng, seorang suri rumah, di Jalan SG 8/6, Taman Sri Gombak, pada 10.30 pagi, 25 Sept tahun lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh manakala Wong yang mempunyai tiga anak itu memohon hukuman ringan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori