GARA-GARA wanita yang baru dikahwini tidak mengalami sebarang pendarahan ketika melakukan hubungan seks pada malam pertama, seorang pengantin lelaki di India bertindak menfailkan permohonan cerai.
Bagaimanapun, si isteri, Yogita Abhiyekar-Karale, 20, menafikan pernah melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.
Yogita yang juga seorang anggota polis di bandar Ahmednagar, turut mendakwa tidak pernah berlaku curang terhadap suaminya, Arjun, 25.
“Saya masih anak dara lagi. Selaput dara saya mungkin telah pecah ketika jalani latihan lasak dalam pasukan polis. Itulah sebab tiada pendarahan berlaku ketika mengadakan hubungan kelamin dengan suami saya,” jelas Yogita.
Walaupun Yogita sudah berusaha menyakinkan suaminya, namun Arjun tetap tidak mempercayainya dan membawa kes ke mahkamah.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 22 Mei lalu dan Yogita merupakan isteri kedua kepada Arjun.
Difahamkan, mengikut adat resam Ahmednagar pengantin lelaki berhak mengadakan ‘ujian’ status dara kepada isteri yang baru dikahwini dengan meletakkan sehelai kain putih ketika mengadakan hubungan kelamin pada malam pertama.
Kes yang dianggap ‘unik’ ini sekali gus mendapat perhatian masyarakat India.
Pada masa sama, pihak polis turut melakukan siasatan serta berjanji akan memberikan perlindungan kepada Yogita di bawah undang-undang sedia ada.
Akibat kes itu mendapat liputan meluas, Arjun kini difahamkan telah mengubah fikirannya dan menarik balik permohonan cerai itu. – MYNEWSHUB.CC