SEMPENA kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi, ramai selebriti mengambil kesempatan berehat dan menumpukan perhatian untuk beribadah sepenuhnya.
Seperti pelakon cantik Mira Filzah, dia memilih untuk memanfaatkan bulan penuh rahmat ini dengan menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.
Heroin Cinta Si Wedding Planner ini telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bersama-sama keluarganya, malam tadi.
Keberangkatannya ke Tanah Suci dikongsikan sendiri oleh Mira yang memohon peminat mendoakan keselamatannya di sana.
Mira turut memohon maaf kepada semua peminat sekiranya ada melakukan kesalahan.
Rata-raya peminat menzahirkan ucapan syukur dengan berita baik itu dan mengharapkan Mira berada dalam keadaan sihat ketika beribadah.
Selain Mira Filzah, pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya juga dijangka berada di Tanah Suci Makkah ketika Ramadhan. – MYNEWSHUB.CC