Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penolong Jurutera JKR Dituduh...

KOTA KINABALU - Seorang Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) dihadapkan ke Makhkamah...

Uganda Sahkan Enam Lagi...

KAMPALA, Uganda – Sebanyak enam kes baharu Ebola dikesan di Uganda, kata Pertubuhan...

Macron: Penyelamat Perancis Dan...

APABILA Emanuel Macron meraih 66 peratus undi, ia mengekalkan diagram politik Perancis sebagai bersifat...

Idris Bayang Lepas Jawatan...

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron memberi bayangan akan melepaskan...

Misteri PAN ‘Sorok’ Cerita Kalah Teruk PRN Sarawak

KUALA KANGSAR – Sesuatu yang agak lucu pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang dapat dirasai apabila Parti Amanah Negara (PAN) bijak memilih isu untuk diberitahu kepada rakyat.

Tinjauan Mynewshub mengiringi calon PAN, Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak di sini hari ini mendapati, antara isu paling ketara konon PAN baru kali pertama menyertai pilihan raya.

Ini ditegaskan banyak pemimpin PAN di samping DAP dan PKR ketika berceramah dari atas trak pacuan empat roda dekat dengan dewan tersebut bahawa ini konon penampilan sulung parti komponen Pakatan Harapan itu.

Justeru, mereka mendakwa kejayaan PAN pada PRK di Bandar Diraja Perak itu selain di Sungai Besar, Selangor berlangsung serentak konon bakal memberi ‘isyarat’ penolakan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Secara fakta, betulkah PAN tidak pernah bertanding mana-mana pilihan raya? Sesuatu yang tidak didedahkan PAN sebenarnya telah bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak pada 7 Mei lalu dan kalah amat teruk.

Mungkin bagi yang masih lagi ingat, PAN dengan angkuh mendakwa konon selepas dilancarkan pada 16 September 2015, PRN Sarawak menjadi ‘pentas’ kali pertama mereka menumbangkan BN bermula di negeri Bumi Kenyalang.

Berbekalkan 13 calon berbanding musuhnya PAS hanya 11 calon, mereka tumbang kepada BN waima lima kerusi berlaku pertindihan calon dengan PAS iaitu di Sadong Jaya, Sebuyau, Samariang, Muara Tuang dan Beting Maro.

kuale1

Untuk rekod, PAS, DAP dan PKR juga bertindih calon sesama sendiri di 12 kerusi lain sekali gus menyaksikan BN mampu menang besar 72 daripada 82 kerusi manakala DAP hanya kekal di tujuh kerusi dan PKR pula tiga kerusi.

Hakikatnya Sarawak yang dianggap medan terbaik PAN membina pengaruh pun mereka tumbang teruk apabila hanya menerima 8,445 undi atau 1.1 peratus daripada keseluruhan undi dibuang oleh lebih sejuta rakyat negeri itu.


Sekadar perbandingan jika undi popular mahu dijadikan ukuran penerimaan rakyat, PAS lebih baik daripada PAN dengan 13,176 undi (1.7 peratus), PKR pula 76,003 undi (10 peratus) dan DAP meraih 145,875 undi (19 peratus).

Malangnya, kisah kekalahan cukup memalukan PAN di PRN Sarawak tidak diucapkan pemimpin Pakatan Harapan ketika berceramah sebaliknya ‘putar belit’ cerita mengatakan konon ini julung kali bertanding dalam pilihan raya.

Adakah ini strategi untuk menyedapkan penyokong sendiri atau PAN bimbang insiden PRN di Bumi Kenyalang membuktikan parti itu gagal menjadi alternatif terbaik kepada rakyat yang lebih selesa ‘memangkah’ calon BN.

Atau adakah mereka pernah tidak serik belajar daripada sejarah bahawa pertembungan sesama calon pembangkang secara tersirat sebenarnya hanya memecahkan undi mereka dan bakal memberi kemenangan kepada BN pula?

Untuk PRK kali ini, Datin Mastura Mohd. Yazid mewakili BN ditentang Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr. Najihatussalehah Ahmad dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary selain PAN sendiri. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori