Tuesday, December 17, 2024

Creating liberating content

Isteri Guna Sperma Orang...

LONDON – Seorang pensyarah memfailkan saman ke atas bekas isterinya seba­nyak £83,500 (RM462,772)...

Banjir : Selangor Rekod...

KLANG – Jumlah mangsa banjir kilat di Selangor terus meningkat menjadi 3, 086...

Lori Dipenuhi Bangkai Ayam...

JIJIK dan kotor. Gambar sebuah lori yang dipenuhi bangkai ayam menjadi tular di...

50,000 Disasar Jadi Pengikrar...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 50,000 pengikrar derma organ disasarkan tahun ini berikutan peningkatan...

Mizz Nina Terharu Digelar Penyajak

PENYANYI Mizz Nina yang kini aktif sebagai pengacara gembira dengan pendekatan yang diambilnya untuk tampil sebagai seorang penyajak dan bukan lagi penyanyi diterima positif oleh peminat.

“Alhamdulillah pendekatan bersajak atau berpuisi sambil menyelitkan rap mendapat maklum balas positif dan saya lega kerana ia mula diterima baik,” katanya.

Mizz Nina

Tambah Mizz Nina lagi, lebih mengharukan apabila dia turut digelar sebagai seorang penyajak dan bukannya penyanyi dalam sebuah program yang dihadirinya.

“Saya sendiri tidak sangka akan terlibat dalam bidang ini tetapi selepas melakukannya saya dapati ia adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya juga terharu ketika muncul dalam sebuah program baru-baru ini pengerusi majlis memperkenalkan saya sebagai penyajak dan bukannya selebriti atau pun penyanyi,” jelasnya kepada sebuah portal.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 36, berkata, pengalaman yang dimiliki dalam bidang rap sedikit sebanyak membantu dirinya menyampaikan puisi dengan lebih baik dan penuh penghayatan.


“Pengalaman saya dalam bidang rap, saya anggap sebagai satu kelebihan dalam saya persembahkan puisi atau sajak saya kerana dengan cara itu saya lebih menghayati,” ujarnya.

Mizz Nina
Mizz Nina bersama suami, Noh Salleh.

Selain itu, menurut isteri kepada Noh Salleh ini, dia kini seronok dengan konsep yang dibawanya sekarang, tambahan pula ia merupakan satu cara atau medium yang mudah untuk menyampaikan mesej dakwahnya.

“Sebelum ini saya memang tidak pernah mencuba bacaan puisi atau sajak tetapi ia sebenarnya menyeronokkan dan cara mudah untuk menyampaikan mesej atau dakwah,” katanya kepada portal itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori