Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

FAM Sedia Timbang Cadangan...

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia mendengar cadangan pihak berkaitan...

Remaja 13 Tahun Trauma...

MASALAH sosial seperti rogol, penyalahgunaan dadah, dan pelacuran antara isu yang masih hangat...

Pandikar Amin Kesal Diheret...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini...

33 Pendeposit TH Hilang...

BANGI - Tiga puluh tiga pendeposit Tabung Haji (TH) kehilangan peluang menunaikan haji...

Mufti Perlis Tegur Umat Islam Membazir Di Bazar Ramadan

KANGAR – Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur sikap umat Islam yang ghairah membeli juadah berbuka puasa berlebihan sehingga membazir.

Beliau berkata umat Islam tidak harus menjadikan bulan Ramadan sebagai pesta membeli juadah kerana bertentangan dengan tujuan berpuasa yang diajar oleh Islam.

“Umat Islam sepatutnya mengawal nafsu dan keinginan terhadap bermacam makanan kegemaran mereka dan menghayati bulan mulia ini serta memperbanyakkan ibadah,” katanya semasa menyampaikan tazkirah pada majlis ‘Durus Ramadan’ anjuran Jabatan Mufti Perlis di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini hari ini.

Beliau menasihatkan umat Islam supaya merancang perbelanjaan dengan membeli makanan dalam kuantiti yang wajar supaya tidak berlaku pembaziran.


Mohd Asri turut menegur sikap segelintir umat Islam yang gemar berbuka puasa di hotel kerana melibatkan perbelanjaan yang banyak selain boleh mengundang kelalaian sehingga tidak sembahyang apabila asyik berbual dengan kawan-kawan.

“Bulan Ramadan adalah peluang keemasan bagi umat Islam mendapatkan pahala melalui amalan kebaikan. Justeru, saya berharap mereka beristiqamah dan menilai segala usaha dan perlakuan agar menjadi mukmin terbaik,” tambahnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori