LAGENDA tinju dunia, Muhammad Ali disahkan meninggal dunia pada usia 74 tahun, hari ini.
Ali atau lebih dikenali dengan panggilan ‘The Greatest’ menghembuskan nafas terakhirnya di hospital Phoenix, Arizona, selepas dimasukkan pada Khamis kerana masalah pernafasan.
Pemergiannya itu dimaklumkan oleh ahli keluarganya, sebentar tadi.
“Selepas bertarung selama 32 tahun dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74,” kata jurucakapnya, Bob Gunnell.
UrusanĆāĆĀ pengebumian Ali akan diadakan di kampung halamannya di Louisville, Kentucky.
Awal pagi Sabtu, seorang sumber memaklumkan Ali sedang berada dalam keadaan tenat.
Ali sememangnya merupakan nama besar dalam sukan tinju heavyweight dunia.
Pada tahun 1999, Ali pernah mendapat pengiktirafan sebagai “Sportsman of the Century” oleh Sports Illustrated.
Ali dilaporkan memeluk Islam Sunni pada tahun 1975. – MYNEWSHUB.CC