Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Raja Salman Ke Indonesia...

SEPANG - Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud berlepas hari...

Kes Covid-19 Turun Lagi,...

KUALA LUMPUR - Kes Covid-19 dalam negara berkurangan buat hari kedua berturut-turut, dengan...

Ahmad Zahid Perlu Hadir...

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan hadir...

Kes Video Intim: Polis...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Ahli Majlis Tertinggi UMNO,...

Muhammad Ali Satu-Satunya ‘Bintang’ Yang Tidak Dipijak

SETAKAT ini Hollywood Walk of Fame telah menganugerahkan bintang kepada lebih 2,500 selebriti yang berjaya mencipta nama dalam bidang masing-masing.

Antara selebriti popular yang tercatat namanya di situ adalah Elvis Presley, Morgan Freeman, Jackie Chan, Michael Jackson, Tom Cruise dan Marilyn Monroe.

star3

star4

star5

star1

Namun, tahukah anda dalam ramai-ramai bintang berkenaan, hanya nama bekas peninju lagenda dunia Muhammad Ali sahaja tidak ‘dipijak’ oleh jutaan pengunjung di tapak Hollywood Boulevard, California, Amerika Syarikat itu.

Pada mulanya Ali yang enggan namanya dipijak oleh orang ramai yang lalu-lalang di tempat berkenaan, telah menolak tawaran mengabadikan namanya di situ.

Namun disebabkan pengaruhnya dalam sukan tinju, pihak penganjur Hollywood Chamber of Commerce telah setuju meletakkan bintang penghormatannya di dinding Dolby Theatre, di sana.


star6

Alasan Ali cuma satu apabila ditanya kenapa enggan membenarkan bintangnya diletakkan di lantai seperti mana selebriti lain.

“Saya membawa nama Nabi Muhammad dan ianya mustahil untuk membiarkan orang ramai memijak nama tersebut,” katanya, seperti dilaporkan media antarabangsa ketika itu.

Ali merupakan penerima bintang ke-2,189 pada 2002 dan sampai ke hari ini, bintang miliknya adalah satu-satunya bintang yang tidak diletakkan atas lantai.

Ali menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun akibat masalah pernafasan di Hospital Pheonix, Arizona Jumaat lalu.

Jenazahnya akan dikebumikan di tanah kelahirannya di Kentucky, Jumaat ini. – MYNEWSHUB.CC

star7
Peminat memberi penghormatan terakhir dengan melihat lebih dekat bintang Muhammad Ali.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori