Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bersih 2.0 Minta Tujuh...

KUALA LUMPUR - Bersih 2.0 meminta Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad segera...

Ukraine Jamin Bantu Siasatan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pertahan Ukraine, Ihor Kabanenko memberi jaminan akan memberi...

Seorang Maut Tunjuk Perasaan...

ACAPULCO - Seorang penunjuk perasaan maut apabila pertelingkahan berlaku di antara polis Mexico...

Sambutan Bulan Kemerdekaan, PBT...

KUALA LUMPUR – Ketika jabatan dan agensi kerajaan berlumba menunjukkan semangat patriotik sempena...

Muhyiddin, Mukhriz Dipecat Selepas Laporan J/kuasa Disiplin

GERIK – Keputusan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir daripada UMNO dibuat selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti membincangkan laporan daripada jawatankuasa disiplin, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hujah dan fakta kukuh seperti yang dilampirkan dalam laporan jawatankuasa berkenaan.

“Asas pemecatan ini bersandarkan laporan jawatankuasa disiplin parti. Tidak ada maknanya keputusan itu jika ia dibuat tanpa mengikut saluran yang ditetapkan parti.

“Keputusan ini juga perlu dibuat mengikut saluran yang betul dan bukannya bermusim. Paling utama kena tunggu laporan parti sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan operasi perbatasan di Kem Marker November, Tasik Banding, dan Markas Taktikal 749 di Kem Sri Banding semalam.

Menteri Pertahanan itu berkata demikian ketika mengulas keputusan UMNO memecat Muhyiddin yang merupakan bekas timbalan presiden parti dan Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah pada Jumaat lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori