Jika pasangan pengantin baru lain kebiasaannya memilih pergi ke lokasi-lokasi romantis seperti Maldives dan Paris sebagai destinasi bulan madu, lain pula citarasa pasangan ini.
Ini kerana pelakon Nabila Huda dan suaminya, Izwan memilih Amerika Selatan sebagai destinasi bulan madu mereka.
Menariknya, mereka akan berada di negara itu selama sebulan atau dua bulan lamanya agar dapat mengembara beberapa negara.
Menurut Nabila, dia merancang untuk pergi ke negara itu sekitar bulan Oktober ini,
“Saya berhajat nak ke sana pada bulan Oktober ini lebih kurang sebulan atau dua bulan di sana. Negara-negara yang akan saya lawati seperti Chile, Argentina, Paraguay, Costa Rica, Brazil, Columbia, Panama, Peru serta beberapa lagi tempat yang lain.
“Untuk bercuti saya kena kerja dan kumpul duit dulu, selepas itu kita rancang tempat mana yang kita mahu lawati,” katanya.
Jelasnya, percutian bersama suaminya itu hanyalah percutian bajet yang telah dirangka awal olehnya.
Dalam pada itu, Nabila akui teruja untuk beraya pertama kali sebagai isteri Izwan.
Katanya, baju raya mereka sudah dibeli termasuk anaknya. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Rotikaya!