Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

6 Ditahan Kes Rogol...

NEW DELHI - Polis India menahan enam lelaki hari ini selepas seorang pelancong...

Miti Sasar Nilai Pemerolehan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menyasarkan nilai pemerolehan di...

Tarikh PRU-15 Bakal Diumum...

KUALA LUMPUR – Tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bakal diumumkan dalam masa...

Rakyat Kedah Diminta Bersabar...

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor meminta rakyat negeri...

Najib Zahirkan Kebimbangan Insiden Tembakan Orlando

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan kebimbangannya berhubung peristiwa pembunuhan di Orlando, Florida, yang disifatkan sebagai kejadian paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.

“Amat terkejut dengan kejadian tembakan di Orlando. Doa kami mengiringi keluarga dan sahabat handai para mangsa. Islam melarang keras perbuatan membunuh manusia yang tidak bersalah,” kata perdana menteri dalam catatan terbaharunya di Facebook hari ini.

Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan 53 orang lagi cedera, termasuk seorang pegawai polis, dalam kejadian tembakan itu di sebuah kelab malam terkemuka di Orlando pada awal Ahad.

Wisma Putra hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, Kedutaan Malaysia di Washington D.C akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Florida bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan terkini kejadian itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori