SEBUT sahaja nasi lemak pasti ramai terbayangkan haruman daun pandan, santan serta sambal ikan bilis.
Bersama masa, hidangan kegemaran rakyat Malaysia ini melalui proses ‘evolusi’ termasuk dijadikan perisa ais krim hingga mencetuskan viral satu ketika dahulu.
Selepas aiskrim perisa nasi lemak oleh Cielo Dolci, muncul pula nasi lemak sushi oleh Ruyi&Lyn yang boleh didapati di sebuah kompleks beli belah di Bangsar.
Terbaharu, satu lagi inovasi berkonsepkan hidangan kebangsaan ini kembali diperkenalkan iaitu nasi lemak cheese kek.
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana rupa dan rasanya apabila digabungkan antara nasi lemak dan kek keju bukan?
BACA JUGA: Ramai Kata Durian Bakar Sedap, Iya Ke?
Seorang pengguna laman sosial berkongsikan gambar nasi lemak cheese kek tersebut di All Singaporean Stuff.
Berdasarkan foto yang dikongsikan, harga bagi sepotong kek adalah RM13.90.
Hasil carian Mynewshub, nasi lemak cheese kek boleh didapati di restoran Lepaq Lepaq yang terletak di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur.
Jadi kepada penggemar makanan pelik atau unik, anda bolehlah berkunjung ke restoran tersebut jika mahu mencuba kelainan rasa nasi lemak cheese kek yea.. – MYNEWSHUB.CC