Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Tidak Sekat Kebebasan...

KUALA LUMPUR - Polis tidak pernah menyekat kebebasan bersuara rakyat termasuk untuk mengadakan...

Cadangan P.Pinang Naikkan Surcaj...

GEORGE TOWN - Cadangan kerajaan Pulau Pinang untuk menaikkan kadar surcaj penggunaan air...

KKM Tangguh Sementara Permohonan...

KUALA LUMPUR - Permohonan dan pemberian pek percuma ubat-ubat baru yang berkos tinggi...

China Pula Mahu Jadi...

BEIJING: Menteri Luar China, Wang Yi hari ini menekankan hubungan negara ini dengan...

NCCIM Sambut Baik Johari Menteri Kewangan Ke-2

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menyambut baik pelantikan Datuk Johari bin Abdul Ghani sebagai Menteri Kewangan Kedua.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata, pihaknya mengucapkan tahniah kepada kenaikan pangkat dari Timbalan Menteri Kewangan kepada Menteri Kewangan Kedua itu.

“Dengan kualiti kepimpinan beserta pengalaman dan pendedahan beliau dalam dunia korporat, NCCIM yakin beliau boleh menyumbang secara substantif dalam mengemudi pentadbiran kewangan negara.

“Terutamanya ketika negara berhadapan dengan kegawatan kewangan global yang dibelenggu oleh ketidak pastian serta dikelilingi oleh pelbagai permasalahan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Syed Hussien berkata, NCCIM juga percaya latar belakang korporat Johari akan membolehkan beliau menyumbang penambahbaikan ekonomi negara yang akan memberi manafaat kepada komuniti perniagaan.


“NCCIM bersedia untuk bekerjasama dengan beliau sebagai pelengkap kepada usaha kementerian dalam meletakkan negara di laluan yang kukuh ke arah kedudukan kewangan yang sihat dan berdaya tahan demi kebaikan sektor perniagaan dan masyarakat secara amnya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori