BARU-baru ini terdapat dakwaan yang mengatakan pengacara jelita Neelofa dan pelakon Hans Isaac sudah kembali menjalinkan hubungan cinta mereka yang sudah lama berakhir kerana ada pihak yang mengatakan mereka masih rapat dan berkawan baik.
“Saya masih berkawan dengannya dan kami tetap berkomunikasi seperti dahulu. Hans ada mengatakan bahawa sekiranya saya menemui pengganti, kami tetap akan berkawan seperti biasa.
“Hans tidak pernah menghalang saya berkawan dengan sesiapa sahaja yang saya mahu dan secara peribadi, saya ingin sekali berjumpa dengan lelaki yang bakal menjadi peneman hidup saya.
“Saya berusia 27 tahun dan tidak mempunyai tekanan untuk segera berkahwin. Saya tahu masih belum lewat untuk bertemu pasangan hati,” katanya kepada BH Online.
Sebelum ini Neelofa dan Hans pernah dilihat keluar makan berduaan di sebuah restoran dan dikatakan begitu mesra ketika makan. Walau bagaimanapun, mereka telah menafikan dakwaan berikut kerana tidak mahu dikaitkan bersama lagi. -MYNEWSHUB.CC