Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Statik Sepanjang...

SINGAPURA - Harga minyak naik lebih daripada 20% pada tahun ini tetapi tiada...

Wanita Muslim Dihina Lelaki...

SUDAH acapkali kita dengar tentang layanan buruk yang diterima oleh masyarakat Islam yang...

Video: Padah Bergurau Guna...

PADAH bermain pemetik api, sekumpulan remaja nyaris terbakar apabila tangki minyak motosikal yang...

Tiada Rancangan Pembangunan Di...

KUALA LUMPUR - FELDA tidak pernah menerima sebarang permohonan untuk membangunkan tanah peneroka...

Negara Sekular Meraikan Demokrasi – Dyana Sofya

KUALA LUMPUR – “Menyokong negara sekular bukannya bermakna menentang agama Islam,” dakwa pemimpin Melayu DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud.

Justeru, beliau yang juga Ahli Majlis Eksekutif Pemuda DAP mengecam kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berhubung partinya.

Kata beliau, kenyataan Mufti Pahang bahawa DAP sebuah parti kafir harbi kerana menentang pelaksanaan hukum Islam dan mahu membentuk negara sekular tidak masuk akal.

“Negara sekular yang meraikan demokrasi membenarkan semua rakyat termasuk orang Islam kebebasan tanpa paksaan.

“Di bawah sistem pentadbiran sebegini, hak-hak asasi dihormati sama rata, sifar diskriminasi tanpa mengira kaum dan agama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dyana Sofya seterusnya mendakwa kenyataan Mufti Pahang itu mirip kepada wacana keganasan kumpulan eksterimis Daesh atau Islamic State (IS).

Dakwanya, seorang ahli agama sepatutnya membawa mesej keamanan tetapi kali ini ia telah disalahgunakan untuk menggalakkan keganasan.


“Saya menggesa tindakan tegas dikenakan kepada mufti yang sering mengeluarkan kenyataan sebegini,” katanya.

Mufti Pahang kelmarin tanpa berselindung dan secara terus terang menyatakan bahawa DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Malah, kata beliau, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.

“Politik kebencian yang diamalkan oleh DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara,” kata Abdul Rahman. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori