Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Norway Yakin Dapat Meterai...

KUALA LUMPUR - Norway yakin dapat menjalin perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Malaysia...

Naluri Isteri Selamat Warga...

KUANTAN - Naluri seorang isteri menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM30,000 untuk...

150 Murid Sekolah Rendah...

KUALA TERENGGANU - Hasil saringan yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melalui Program...

Bantuan Bulanan JKM RM1,000...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan...

Nelayan Cedera Ditikam Menantu

ISKANDAR PUTERI – Seorang nelayan cedera di leher akibat ditikam menantunya apabila mereka bergaduh di hadapan sebuah sekolah rendah di Tanjung Kupang, Gelang Patah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Supt Noor Hashim Mohamad berkata kejadian berlaku pada pukul 9.45 pagi apabila nelayan berkenaan yang berumur 54 tahun datang ke sekolah berkenaan selepas menerima panggilan telefon daripada anak perempuannya yang memberitahu dia dimarahi suaminya.

Beliau berkata anak perempuan mangsa yang berusia 28 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah tersebut dikatakan sedang bergaduh dengan suaminya yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Bapa wanita itu kemudiannya masuk campur dalam pergaduhan itu sehingga mencetuskan kemarahan menantunya lalu menantunya bertindak menikam leher kiri bapa mentuanya itu dengan pisau lipat,” katanya kepada pemberita.

Noor Hashim berkata pihak polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian dan kemudian menahan suspek yang berusia 42 tahun.


Beliau berkata polis turut merampas sebilah pisau lipat sementara ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia positif syabu.

Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dan keadaanya dilapor stabil.

Menantu tersebut dilapor tidak berpuas hati dengan sikap bapa mentuanya yang dikatakan sering mencampuri urusan rumah tangga suami isteri berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori