Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Syabas Adakan Operasi Potong...

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.(Syabas) akan mengadakan operasi bil...

18.5 Peratus Pelajar Alami...

BUTTERWORTH – Sebanyak 18.5 peratus pelajar di negeri ini mengalami masalah kemurungan dengan...

Penumpang Terjatuh Dari Feri...

GEORGETOWN - Seorang penumpang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari sebuah feri ketika...

AirAsia Kembali Menawarkan Kempen...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd kini menawarkan diskaun 20...

Nenek, 2 Cucu Maut Kemalangan Dengan Treler

JOHOR BAHRU – Seorang nenek bersama dua cucunya terbunuh apabila kereta dinaiki mereka melanggar bahagian sisi kiri sebuah lori treler di Kilometer 68, Jalan Johor Baharu-Mersing, berhampiran hentian rehat dan rawat (R&R) Panti di Kota Tinggi, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.56 tengah hari itu, mangsa Misnah Radimin, 58, bersama dua cucu iaitu Muhammad Shahfiq Haikal, 9, dan Putri Nurshazuqani, 8, meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata anak lelaki Misnah yang turut berada dalam kenderaan berkenaan bagaimanapun cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi bersama pemandu treler terbabit.

“Identiti anak Misnah masih belum dapat dikenal pasti manakala pemandu treler itu pula berusia 27 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rahmat berkata kejadian dipercayai berlaku apabila lori treler yang menghala ke Kota Tinggi itu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan ketika melalui jalan berselekoh.

Pada masa sama, kereta kancil yang dipandu anak Misnah yang dalam perjalanan ke Mersing tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kiri treler tersebut.


Pelanggaran mengakibatkan kenderaan berkenaan remuk di bahagian depan.

Rahmat berkata ketika kejadian berlaku, permukaan jalan adalah basah kerana baru sahaja hujan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori