Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

POTA Usaha Kerajaan Tangani...

PUTRAJAYA - Penggubalan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) merupakan usaha kerajaan untuk menangani ancaman...

Budak Lelaki Tersekat Celah...

GUIGANG (China) - Seorang budak lelaki berusia lapan tahun terperangkap di celah tembok...

Haram Haji Guna Duit...

TAHUN lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terkenal sering hina ulama tiba-tiba berlagak...

Southern Volunteers Mara Ke...

TERIMA kasih Duli Yang Maha Mulia (DYMM)Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail...

Netizen Brunei Marah, Sultan Dikata ‘Kaya Nak Mamp*s’

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Demikian yang terjadi kepada seorang individu yang dikatakan seorang doktor di Malaysia.

Gara-gara memuat naik status berunsur ‘sarcasm’ terhadap Sultan Haji Hassanal Bolkiah, laman Facebook individu berkenaan diserang netizen dari Brunei.

Terdahulu, individu berkenaan telah memuat naik satu status bagi membandingkan bayaran bonus raya yang diberikan kerajaan Malaysia kepada kakitangan awam  negara ini dengan Brunei.

Ianya mungkin tidak akan diberikan perhatian oleh netizen sana langsung, melainkan kerana status tersebut menggunakan ayat yang didakwa kurang sopan iaitu ‘kaya nak mampus’ terhadap baginda.

Justeru warga Brunei berasakan ianya biadap, tidak menghormati pemimpin mereka dan pemilik Facebook tersebut mesti meminta maaf.

Untitled
3

Gara-gara isu yang tercetus, pemilik Facebook itu telah mengedit statusnya kepada, ‘Satu-satunya kerajaan dalam dunia yang bagi RM 1 billion duit raya untuk penjawat awamnya. Sultan Brunei yang kaya amat dengan jumlah rakyat sedikit pun tak buat. Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi yang kamu dustakan? Jom bersyukur’ bersama penjelasan tentang tindakannya sebelum itu.

Untitled

Dalam penjelasannya ayat ‘kaya nak mampus’ didakwa membawa maksud ‘kaya yang amat’.


Bagaimana pun, netizen Brunei didapati tidak berpuas hati kerana mahu permohonan maaf turut dilakukan.

 

zzzzzz

Dalam perkembangan lain, seorang wanita dikatakan telah membuat aduan kepada pihak hospital tempat individu berkenaan bekerja.

Menerusi surat jawapan yang dikeluarkan, Hospital Melaka menyatakan pihak mereka akan menyiasat perkara tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori