Seorang kanak-kanak berusia setahun melalui pengalaman yang menyakitkan, iaitu tertelan sebatang jarum sepanjang 4cm. Ia memaksa ibu bapanya membawa kanak-kanak tersebut, Xi’an ke hospital di Shaanxi, China.
X-ray yang dijalankan menunjukkan jarum itu berada di tekaknya dengan bahagian yang tajam itu telah mencucuk tonsilnya.
Doktor terpaksa melakukan endoscopy untuk mengeluarkan jarum berkenaan bagi mengelakkan bahagian dalaman badan Xi’an mengalami pendarahan atau jangkitan kuman.
Sepanjang proses itu dijalankan, kanak-kanak perempuan itu menjerit-jerit dan meronta-ronta. Nasib baik ia hanya mengambil masa selama 30 saat dan Xi’an kini semakin pulih.
Menurut artikel yang diterbitkan oleh jurnal BMJ, kebanyakan kanak-kanak berusia kurang tiga tahun sering menelan pelbagai jenis objek dengan syiling dan tulang adalah objek yang sering dikesan sebagai sasaran.
Jika objek terbabit terlalu besar untuk dikeluarkan menerusi endoscopy, maka doktor terpaksa melakukan pembedahan.