Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Genap 28 Tahun, Lelaki...

KEMATIAN datang setiap saat. Tapi, penentu kematian atau ajal bukanlah di tangan manusia,...

Lebuh Raya Pan Borneo...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin pembinaan Lebuhraya Pan Borneo...

Skuad Gimnastik Remaja Terlepas...

KUALA LUMPUR - Skuad gimnastik berirama remaja negara ketinggalan hanya 2.8 mata untuk...

Cadangan Pembinaan Loji Nuklear...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan serta garis...

Nizar Biadab Dan Harus Mohon Maaf – MP Kuala Selangor

KUALA KANGSAR – Kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengaitkan kematian dua Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dalam nahas helikopter di Sarawak 5 Mei lepas sebagai balasan Allah, disifatkan amat biadab.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim merangkap Anggota Parlimen Kuala Selangor berkata Mohammad Nizar dilihat seakan hilang rasional dalam berkempen bagi pilihan raya kecil (RPK) Parlimen Kuala Kangsar semasa umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

“Kenyataan Mohammad Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya di Kampung Sayong Lembah (Kuala Kangsar) disifatkan sebagai biadab dan perlu memohon maaf secara terbuka di mana kenyataannya yang mengaitkan kematian dua Ahli Parlimen BN adalah sebagai balasan Allah terhadap kerajaan persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya tindakan Mohammad Nizar itu juga tidak memikir tentang perasaan keluarga anggota Parlimen BN yang terkorban.

PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar, Selangor akan diadakan serentak pada 18 Jun ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon.


“Nizar tidak perlu menghamburkan kata-kata sebegitu, biarpun ketika ini parti-parti bertanding sedang hangat berkempen, janganlah sampai ke tahap menghina dan memfitnah,” kata Irmohizam.

PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, PAS, PAN dan Bebas, manakala PRK Sungai Besar, tiga penjuru antara BN, PAS dan PAN. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori