Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

8 Lelaki Ditahan Miliki...

BESUT - Lapan lelaki termasuk seorang remaja ditahan bersama 594 pil dadah jenis...

Shafie Digesa Teruskan Agenda...

KERAJAAN Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal digesa supaya meneruskan perjuangan...

KDN Kecewa Dengan Sikap...

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) kecewa dengan sikap pendakwah kontroversi, Dr...

Pengerusi Bersatu Johor Ganggu...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mazlan Bujang didakwa...

Nizar Dakwa PAS Pusat Arah Gabung UMNO Pada 2008

KUALA KANGSAR – Menyedari sokongan orang Melayu khasnya penyokong tegar PAS masih tidak berubah, PAN terpaksa bongkar sejarah lama bagi menyemai perasaan benci ahli-ahli PAS terhadap parti mereka sendiri.

Antaranya dengan mendedahkan kisah bagaimana konon kerajaan Pakatan Rakyat hampir gagal dibentuk selepas menang tipis menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Perak ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.

Perkara rahsia itu diceritakan semula oleh Timbalan Pengerusi PAN Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin yang juga bekas Menteri Besar Perak ketika berceramah di Kota Lama Kanan dekat Jambatan Sayong di sini lewat Ahad.

Beliau mendakwa konon Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang telah menandatangani perjanjian pakatan sebagai mewakili parti Islam tersebut bersama-sama DAP dan PKR untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Mohamad Nizar ketika berceramah di hadapan 300 orang; sebahagian besarnya dipercayai ahli PAS mendakwa, tidak sampai 24 jam kemudian, pihak ibu pejabat PAS Pusat mengarahkan perjanjian itu dibatalkan serta-merta.

“PAS Pusat meminta PAS Perak bergabung dengan UMNO bagi mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan di negeri ini tetapi Ustaz Ahmad tegas enggan menerimanya,” kata beliau yang ketika itu merupakan ADUN Pasir Panjang.

Justeru, beliau mendakwa PAS memang secara sulit ada perancangan bekerjasama dengan UMNO sejak 2008 lagi dan usaha itu bertambah ‘kuat’ selepas Pakatan Rakyat dibubarkan DAP pada 2015 digantikan Pakatan Harapan.

pas_umno_malaysia_600

Apa yang kelakarnya, Mohamad Nizar mendakwa konon DAP ketika itu memang mahukan calon PAS sendiri menjadi Menteri Besar ke-10 untuk mengambil alih jawatan berkenaan daripada Tan Sri Tajol Rosli Mohd. Ghazali.

Begitulah hebat Mohamad Nizar ‘pusing cerita’ lama walhal DAP tidak pernah pun mahukan PAS jadi Menteri Besar baharu kerana DAP sendiri memiliki jumlah kerusi terbanyak iaitu 18 berbanding PKR pula 7 dan PAS hanya 6.

Malah DAP dengan biadap memujuk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika itu agar melantik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, untuk menjadi Menteri Besar yang pertama bukan Melayu bukan Islam dan beragama Kristian.

Sultan Perak menolak cadangan pelik itu dan menegaskan bakal Menteri Besar mesti juga seorang Melayu Islam bahkan baginda bertitah mahukan calon dengan pernah mempunyai latar belakang kerjaya sebagai profesional.

DAP secara kebetulan langsung tiada ADUN Melayu manakala pelan pilihan alternatif kedua ialah memilih calon daripada PKR, namun semua ADUN Melayu PKR pula hanya berkelayakan akademik setakat tingkatan lima sahaja.

Oleh itu, Mohammad Nizar sebagai jurutera dan juga memegang jawatan tertinggi dalam PAS dipilih menjadi Menteri Besar ‘bidan terjun’ daripada kalangan semua ADUN PAS kerana Ustaz Ahmad pula bukan seorang ADUN.


Mohammad Nizar asalnya dijadualkan mengangkat sumpah pada 13 Mac 2008 namun, pemimpin DAP, Lim Kit Siang menyatakan bahawa DAP akan memboikot majlis angkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

exco perak

Ini kerana PAS bukan parti utama memenangi PRU 2008 peringkat DUN Perak waima Kit Siang dengan angkuh berpendapat bahawa ADUN Melayu PKR yang harus dilantik sebagai Menteri Besar, sekiranya calon DAP ditolak.

Susulan itu, pihak istana membatalkan istiadat angkat sumpah serta meminta DAP, PKR dan PAS bermesyuarat sekali lagi sebelum menghantar surat rasmi sokongan bersama ditandatangani kesemua 31 ADUN mereka sendiri.

Mohamad Nizar akhirnya atas ‘ihsan’ DAP dan PKR hanya berjaya mengangkat sumpah Menteri Besar secara rasmi pada 17 Mac 2008 di hadapan Pemangku Raja Perak ketika itu, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah.

Bayangkanlah sebagai balasan, DAP dapat enam jawatan Exco dalam ‘kerajaan campuran’ Perak itu berbanding kuota Exco daripada PKR hanya tiga dan PAS pula seorang sahaja. Lucunya Mohamad Nizar tidak cerita isu ini.

Bagaimanapun, pentadbiran beliau ‘dibayangi’ DAP sehingga digelar boneka dan ia mencetuskan rasa marah rakyat Perak sendiri apabila dilihat lebih ‘menjaga’ kepentingan kaum Cina antaranya pemberian geran tanah 999 tahun.

Lebih aneh, sesuatu yang Mohamad Nizar cuba sembunyikan fakta bahawa Pakatan Rakyat belum pun wujud ketika PRU 2008, dan dari segi logik BN sepatutnya diisytiharkan menang majoriti dengan memiliki 26 kerusi di Perak.

Namun BN tidak ‘tamak kuasa’ malah senario sama berlaku di Selangor pada PRU 2008 kerana BN menang 20 kerusi walhal pembangkang (Pakatan Rakyat belum lahir secara formal) cuma ada DAP 13, PKR 15 dan PAS 8. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori