Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

SBEZ Mampu Jana Hasil...

ALOR SETAR - Pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Kota Perdana di Bukit...

Jamal Abdillah Tidak Tolak...

PENYANYI pop negara, Datuk Jamal Abdillah mengakui tidak akan menolak untuk menjadi calon...

Pengecualian Cukai Jualan Kereta...

Kerajaan akan mengecualikan cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas jualan kereta penumpang pemasangan tempatan bagi tempoh 15 Jun hingga 31 Disember 2020, bagi menggalakkan pertumbuhan industri automotif negara

Polis Melaka Buka Pintu...

MELAKA - Polis Kontinjen Melaka sedia membuka ruang seluas-luasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Nizar Guna Sentimen Kebencian Untuk Raih Sokongan

KUALA KANGSAR – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kini dilihat menggunakan sentimen kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pada kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau berkata bekas menteri besar Perak itu hanya memanipulasi sesuatu perkara dan menyebarkan pelbagai fitnah dalam usaha untuk meraih sokongan pengundi.

“Dia (Mohammad Nizar) sepatutnya menggunakan pendekatan lain untuk berkempen, bukan dengan melakukan pembohongan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar di sini, hari ini.

Beliau mengulas lanjut mengenai kenyataan Mohammad Nizar yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) baru-baru ini yang mendakwa kerajaan BN Perak hanya mengutip royalti balak RM13 juta setahun dan Perak adalah negeri ketiga mempunyai penduduk miskin tegar tertinggi di Malaysia.

Zambry berkata kenyataan Mohammad Nizar kononnya sepanjang 11 bulan ketika beliau menjadi menteri besar Perak telah berjaya mengutip RM40 juta royalti balak, juga merupakan satu pembohongan.

“Ini merupakan satu pembohongan yang dibuat oleh beliau kerana kerajaan BN telah membuat kutipan (royalti balak) lebih hebat dari mereka iaitu antara RM57 juta hingga RM70 juta setahun,” katanya.


Zambry menjelaskan sejak BN mengambil alih kerajaan negeri Perak, hasil royalti balak yang dikutip pada 2009 ialah sebanyak RM36.7 juta, 2010 (RM57.5 juta), 2011 (RM58.2 juta), 2012 (RM63.5 juta), 2013 (57 juta), 2014 (70 juta) dan 2015 (RM66 juta).

Menteri Besar berkata Perak berada pada kedudukan kelapan miskin tegar berbanding Selangor di tangga keempat dan Pulau Pinang (ketujuh).

“Kita yakin rakyat di Kuala Kangsar pun kenal siapa Nizar, lagi banyak dia bercakap, lagi banyak beliau mengeluarkan tuduhan dan ayat-ayat celupar,”
katanya.

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat perjuru antara BN, PAS, Amanah dan Bebas. Pengundian pada 18 Jun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori