Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Penunggang Motosikal Maut Selepas...

JITRA - Seorang penunggang motosikal maut, manakala pemboncengnya parah selepas motosikal ditunggangi mereka...

Bonnie Mengganas Di Kazakhstan

KUALA LUMPUR - Atlet para kebangsaan, Bonnie Bunyau Gustin terus mengejutkan beberapa lawannya...

BN Pertimbang Kerjasama Dengan...

MASJID TANAH - Barisan Nasional (BN) Melaka mempertimbangkan cadangan untuk menjalinkan kerjasama politik...

Lagi Individu Didakwa Kes...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan ada lagi...

Nizar ‘Penipu Bersiri’, Kata Zambry

KUALA KANGSAR – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini mengecam tindakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwanya berterusan membuat tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menyifatkan Mohammad Nizar sebagai ‘penipu bersiri’, Zambry berkata bekas menteri besar Perak itu dilihat tanpa henti memfitnah dan membangkitkan isu tertentu walaupun telah diperjelaskan kerajaan sebelum ini.

“Saya amati perangai dia tidak habis-habis buat serangan. Bayangkan bulan Ramadan pun dia nak menipu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jentera pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Mohammad Nizar yang mengatakan Zambry memberi tanah kepada kroni tertentu dalam ceramah umum parti itu di Kampung Sayong Lembah, di sini semalam.

Mohammad Nizar yang dipetik dalam media sosial turut berkata “Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘mengajar’ (memberikan kekalahan kepada) BN menerusi PRK Kuala Kangsar”.

Mengenai dakwaan kerajaan negeri memberikan tanah seluas 45,324 hektar kepada pihak tertentu, Zambry berkata perkara itu telahpun diperjelaskan sebelum ini termasuk pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak.

“Pembangkang ini telah kekeringan dan habis modal, sebab itu akan buat pembohongan,” katanya.


Zambry meminta para pengundi di Parlimen Kuala Kangsar supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan pembangkang itu.

PRK Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Ia bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, PAS, Amanah dan Bebas.

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pengundi berdaftar terdiri 22,496 Melayu, Cina (7,757), India (2,287), Bumiputera Sarawak (16), Bumiputera Sabah (13) dan Orang Asli (330). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori