BARU-BARU ini muncul khabar angin mendakwa pelakon Nora Danish bakal menutup kafe Kopi & XOXO miliknya yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur ekoran masalah dalaman.
Berita itu mengejutkan peminat Nora kerana umum mengetahui dia telahĆāĆĀ berpenat lelah dan mengeluarkan belanja yang besar untuk membuka kafe tersebut.
Susulan itu, Nora tampil menafikan Kopi & XOXO mempunyai masalah seterusnya menjelaskan perihal isu penutupan tersebut.
Menurut Nora, penutupan kafe dibuat kerana kos sewa di situ yang terlalu mahal untuk ditampung.
Bagaimanapun, sebagai ganti, Nora telah membuka dua kafe di Bangi,ĆāĆĀ Selangor dan di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Sebenarnya kami menumpang perniagaan butik Rumoda, jadi bila mereka tidak berada di sana lagi, sukar bagi kami untuk menampung perbelanjaan lokasi tersebut disebabkan sewa yang agak tinggi.
“Pada masa yang sama kami membuka sebuah kafe di TTDI dan Bangi, yang beroperasi dalam waktu terdekat ini,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Nora juga membuka sebuah butik pakaian di Bangi, iaitu bersebelahan kafe tersebut.
Dalam perkembangan lain, Nora akui dia mengimpikan untuk mempunyai sebuah syarikat produksi sendiri suatu hari nanti. ĆāĆĀ – MYNEWSHUB.CC