Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

‘Siapalah Simpan Dia, Polis...

MELAKA: Hati ibu mana tidak bimbang, tertekan dan buntu apabila anak perempuan yang...

Erra Tertekan Hubungan Baik...

RASANYA peminat hiburan sendiri sudah maklum mengenai hubungan cinta yang terjalin antara Erra...

Dr Noor Hisham Nafi...

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan beliau...

Anggota Pentadbiran Daripada BN...

KUALA LUMPUR - Seramai 20 anggota pentadbiran kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) menyatakan...

Omar Mateen Sentap Jiwa Selepas Lihat 2 Lelaki Bercium

ORLANDO – Suspek pembunuhan 50 orang pengunjung sebuah kelab gay di Orlando, Amerika Syarikat (AS), Omar Mateen dikatakan nekad menyerang kelab itu setelah melihat dua lelaki bercium mulut di hadapan keluarganya di Miami, dua bulan lalu.

Alasan Omar melakukan pembunuhan di kelab gay itu didedahkan ayahnya Seddique Mateen ketika diwawancara rangkaian NBC News.

Omar Mateen menyerbu kelab malam Pulse di Orlando, Florida kira-kira pukul 2.00 pagi waktu tempatan. Selain 50 orang terbunuh, seramai 53 orang lain cedera.

Seddique Mateen yang terkejut dengan tindakan nekad anak lelakinya meminta maaf secara terbuka atas pembunuhan tersebut.

“Kami meminta maaf untuk seluruh kejadian. Kami tidak menyedari atas tindakan yang dia ambil.


“Kami terkejut dengan seluruh warga negara. Ini tidak ada hubungannya dengan agama,” katanya.

Omar Mateen, 27, adalah warga negara AS keturunan Afghanistan yang tinggal di Port St Lucie. Sebelum bertindak ganas, dia menghubungi talian kecemasan 911 dan bersumpah setia pada kumpulan ISIS. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori