Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Mufti Nafi Dakwaan Kononnya...

KANGAR - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menafikan...

PRK DUN Melor Ditangguh...

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor, Kelantan, yang...

Proton Dijangka Naikkan Harga...

PETALING JAYA - Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd mungkin perlu menaikkan harga...

Detik Terindah Bawa Al-Sultan...

SEPANG - Pengalaman membawa Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Operasi Helikopter Perlu Dipantau – Ab Aziz

PUTRAJAYA – Operasi helikopter perlu dipantau bagi mengelakkan berlaku bencana atau tragedi pada masa hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Beliau berkata jumlah tragedi helikopter di negara ini agak membimbangkan.

“Barangkali (operasi helikopter) perlu lebih diteliti termasuk juruterbang.

“Tentunya (pihak-pihak berkenaan) perlu mengenalpasti kelemahan operasi helikopter.

“Saya kira Jabatan Penerbangan Awam (DCA) perlu lebih bertanggungjawab dari segi teknikal,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama para petugas media di sini, semalam.

Ditanya mengenai perkembangan terbaru berhubung nahas helikopter di Batang Lupar, Ab. Aziz berkata rangka utama helikopter itu belum ditemui.

Usaha mencari akan dteruskan, katanya.

Minggu lepas, laporan awal mengenai nahas helikopter AS350 di Batang Lupar, Sarawak pada 5 Mei itu menunjukkan kemungkinan besar tempat jatuh pesawat itu di dalam sungai.


Ini memandangkan mayat-mayat penumpang, juruterbang dan beberapa bahagian helikopter, ditemui dalam sungai.

Laporan yang dikeluarkan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) juga menyebut kemungkinan yang sama.

Pada 5 Mei, helikopter malang itu terhempas di Batang Lupar ketika membawa lima penumpang iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Noriah Kasnon, suaminya Asmuni Abdullah, dan pengawal peribadinya Ahmad Sobri Harun.

Dua lagi penumpang VIP ialah ketua setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai dan anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang juga pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Helikopter itu dipandu oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.

Pada April tahun lepas, Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis adalah antara enam orang yang terkorban dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Selangor. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DCA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori