Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ezuwan Pesan Chacha, ‘Pulangkan...

Sebelum ini, kecoh seketika dunia hiburan gara-gara perbalahan di laman maya antara pelakon...

Yasin Dipenjara Seumur Hidup...

SHAH ALAM : Komposer dan penyanyi Yasin Sulaiman dijatuhi hukuman penjara seumur hidup...

Jawatankuasa Khas Bawa Pulang...

PUTRAJAYA - Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia...

Pemandu E-Hailing OKU Beri...

Kuala Lumpur : Pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa dipukul pengawal...

Ops Raya: JPJ Awasi Kemasukan 3 Juta Kenderaan Ke Kelantan

KOTA BAHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan melancarkan Ops Raya bagi mengawal kemasukan kira-kira tiga juta kenderaan ke negeri ini bermula esok hingga 13 Julai ini.

Pengarahnya Mahasan Mustapa berkata sebanyak 264 anggota akan melakukan rondaan 24 jam secara bergilir di jalan raya utama di seluruh negeri ini.

“Matlamat kami mengelak kemalangan semasa pergerakan tiga juta kenderaan memasuki negeri ini ketika rakyat Kelantan di perantauan pulang berhari raya di kampung halaman mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim di sini, malam tadi.

Mahasan berkata sempena Ops Raya, JPJ Kelantan juga mengadakan perjumpaan dengan semua pengusaha bas ekspres di negeri ini bagi menggalakkan pemanduan yang selamat.

“Kami berjumpa mereka (pengusaha bas) bagi memaklumkan operasi yang bakal dilaksanakan supaya mereka mengambil perhatian dan memberikan kerjasama kepada kami,” katanya.

Mahasan berkata pihaknya akan melakukan pemeriksaan terhadap bas ekspres termasuk dari aspek teknikal dan pemandu.


“Anggota JPJ juga akan melakukan penyamaran sebagai penumpang bas bagi mengesan sebarang salah laku pemandu,” katanya sambil berkata JPJ turut bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain termasuk polis dalam melaksanakan operasi itu.

Mengenai pemasangan kamera Automated Enforcement System (AES) di Kelantan, beliau berkata setakat ini, kamera itu belum dipasang cuma pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan berisiko terbabit kemalangan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori