Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Keputusan Iktiraf UEC Hanya...

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa keputusan untuk...

Resepi Buat Pizza Guna...

BILA petang-petang begini, bermacam-macam juadah seperti kuih-muih, kek dan pisang goreng mesti muncul di...

Cina Boleh Bersatu, Mengapa...

UMUM mengetahui dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, sekurang-kurangnya 95% kaum Cina...

Kerajaan Beri Jaminan Kampung...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan kawasan Kampung Baru akan kekal 100 peratus...

Pahang Bakal Guna Nombor Plat Eksklusif ‘VIP’

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang bakal memperkenalkan penggunaan siri nombor pendaftaran kenderaan khas VIP 1 hingga VIP 9999 dalam usaha mengumpul dana bagi tujuan promosi dan penganjuran Tahun Melawat Pahang 2017.

Sumber kerajaan negeri memaklumkan, permohonan kerajaan negeri untuk mendapatkan hak eksklusif bagi siri nombor pendaftaran khas tersebut telah pun diluluskan Kementerian Pengangkutan.

Menurutnya, tujuan penjualan nombor pendaftaran khas VIP atau ringkasan daripada perkataan ‘Visit Pahang’ itu bertujuan untuk mengutip dana bagi keperluan promosi Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP).

“Ia adalah sebagai salah satu cara untuk mengelakkan kebergantungan kepada peruntukan kerajaan negeri kerana usaha untuk menganjurkan dan mempromosikan TMP memerlukan kos agak tinggi kerana ia akan dilakukan sehingga ke kota London.

“Selain itu kerajaan negeri juga ingin menjadikan nombor pendaftaran siri khas ini sebagai kenangan dan ingatan kepada TMP 2017 pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi di sini Selasa.

Katanya, langkah itu juga antara cara untuk mengelakkan pihak penganjur terlalu mengharap kepada tajaan mana-mana pihak yang sudah tentu sumbangannya agak terhad.


Dalam masa yang sama, katanya kerajaan negeri turut mengharapkan jualan terhadap nombor pendaftaran siri khas VIP ini mampu meraih bidaan yang tinggi sama seperti nombor pendaftaran ‘F’ untuk Putrajaya.

Katanya, kerajaan negeri dijangka membuat sidang media khas bagi memaklumkan perkara itu selepas segala urusan yang berkaitan selesai dengan pihak yang berkenaan. – BERNAMA

Baca: KL Dapat Plat Baharu V Ganti W, Putrajaya Pula F

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori