Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dalang Utama Pengedar Dadah...

MIRI – Polis berjaya menangkap seorang suspek lelaki rakyat tempatan yang dipercayai menjadi...

Banjir Makin Buruk, Mangsa...

KUCHING – Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri ini terus meningkat kepada 4,859...

Najib Hadir Rumah Terbuka...

BUTTERWORTH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri Majlis...

Cukai Khidmat Atas Talian...

PUTRAJAYA - Proses pelaksanaan percukaian baharu terhadap perkhidmatan atas talian yang diimport akan...

Pak Nil Bersyukur Dapat Jaga Ibu Sehingga Nafas Terakhir

BARU-BARU ini industri hiburan tanah air dikejutkan dengan kematian ibu Datuk Aznil Nawawi akibat sakit tua di Pusat Rawatan Prince Court di ibu negara.

Dalam masa yang sama, beliau yang mesra disapa sebagai Pak Nil turut meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menjaga ibunya sehingga ke hembusan nafas terakhir.

“Kesemua adik-beradik saya seramai 4 orang dapat berkumpul dan menjaganya sehingga saat ibu kami pergi mengadap Tuhan.

“Semuanya berjalan lancar dan saya bersyukur dapat bersamanya.

“Walaupun ibu tidak boleh berkomunikasi seperti orang lain, tetapi dia masih mampu mmeberikan maklum balas.

“Macam tu lah keadaan ibu saya sehingga ke akhir hayatnya. Setiap doa dan jika kami memohon maaf, ibu kami akan memberikan respon. Itu sudah mencukupi buat kami.


“Ukhuwah kami adik-beradik sudah menjadi resam dan itu yang diajar oleh arwah ibu dan bapa,” katanya kepada BH Online.

Ibunya, Norbaiti Surur telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 12.15 pagi Isnin lalu dan jenazahnya selamat disemadikan di tanah Perkuburan Islam Keramat sekitar 10.45 pagi. – MYNEWHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori