Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perkembangan Di Johor Dorong...

KANGAR - Perkembangan politik di Johor memberi dorongan lebih kuat kepada MCA untuk...

SEGERA: 4 Mesin ATM...

Polis mengesan empat mesin juruwang automatik (ATM) di Genting Highlands yang dipasang alat...

Lelaki Tendang Isteri Dipenjara...

KUANTAN - Mahkamah Majistret di sini menjatuhi hukuman penjara seminggu bermula hari ini...

Kajian Klinikal Fasa 3...

PUTRAJAYA - Kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 bermula hari ini dengan penghantaran...

Pakatan Harapan Bakal Kalah PRU14 – PAS

KUALA LUMPUR – PAS menganggap keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar semalam menunjukkan bahawa Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang terancam.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, keputusan itu memberi ancaman kepada DAP yang akan kehilangan banyak kawasan majoriti Cina yang bakal ditandingi parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Keputusan berkenaan juga membuktikan bahawa PKR akan kalah di banyak kerusi di Selangor jika PAS masuk bertanding di kawasan-kawasan yang pernah dimenangi PKR dalam PRU13,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan besar dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar semalam dengan menyaksikan sebilangan besar pengundi Cina turut kembali menyokong BN.

BN menang dengan penuh bergaya berkali-kali ganda lebih tinggi berbanding majoriti diraih terdahulu ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.

Di Sungai Besar, calon BN, Budiman Mohd. Zohdi mengekalkan kerusi P.093 itu dengan majoriti 9,191 undi apabila meraih jumlah sebanyak 16,800 undi.


PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon-calon terlibat.

Di Kuala Kangsar, calon BN, Datin Mastura Mohd. Yazid yang merupakan balu kepada penyandangnya, Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad, turut berjaya mengekalkan kerusi P.067 tersebut.

Beliau menang dengan majoriti 6,969 undi, meraih jumlah sebanyak 12,653 undi menewaskan Dr. Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli (PAN) dan calon tunggal bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori