Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Baik Pulih, Tambah Nilai...

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan pihak yang...

Spesies Monyet Terkecil Dunia...

JOHOR BAHRU - Spesies monyet Marmosets iaitu terkecil di dunia kini menjadi daya...

Wabak Malaria Dijangka Dapat...

MELAKA - Wabak malaria di negara ini dijangka dapat dikawal sepenuhnya dalam masa...

Perancang Utama Bakar Kereta...

KANGAR - Tempoh reman seorang duda yang merupakan suspek terakhir dalam kes membakar...

PAN Masih Meroyan Kalah PRK Salahkan Logo

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan masih enggan menerima hakikat bahawa calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun lalu ditolak oleh majoriti rakyat.

Pelbagai alasan dan teori tidak munasabah dikemukakan oleh para pemimpin DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) bagi menutup aib ketiga-tiga parti berkenaan.

Sebelum ini pakar propaganda Pakatan Harapan, Rafizi Ramli sanggup membuat kenyataan menghina pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar mengenai punca kekalahan mereka.

Hari ini, Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kayat membuat kenyataan dungu dengan mendakwa kononnya Pakatan Harapan kalah di Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana pengundi tidak kenal logo PAN.

“Kebanyakan pengundi Melayu kurang mengenali logo PAN kerana baru berusia sembilan bulan dan pertama kali bertanding dalam pilihan raya di Semenanjung.

“Ada setengahnya menganggap logo PAN seperti parti bebas. PAS memiliki kelebihan dengan usianya 65 tahun,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Kata Suhaizan, PAN pasti mendapat undi yang lebih tinggi berbanding PAS jika pengundi Melayu lebih mengenali PAN.

BN menang bergaya dalam kedua-dua PRK terbabit dengan mencatatkan majoriti selesa malah undi diperoleh BN meningkat berbanding Pilihan Raya Umum 2013. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori