Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bakal Hasil Vaksin Meningitis...

KUALA LUMPUR – AJ Biologics Malaysia (AJB Malaysia), syarikat pengeluaran vaksin tempatan akan...

Polis Serbu Bukit Bintang...

POLIS menyerbu enam premis hiburan di sekitar ibu negara awal pagi tadi bagi...

Info & Tip Pemanduan...

Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memandu dengan berhati-hati dan selamat. Untuk tujuan...

4 Dikhuatiri Tertimbus Tanah...

KUALA LUMPUR: Empat mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit...

PAS Kata Mahathir Sudah Tidak Signifikan

KUALA LUMPUR – PAS menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini bersengkongkol dengan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) tidak lagi relevan dalam kalangan masyarakat Melayu.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, Mahathir tidak lagi signifikan dalam kalangan masyarakat Melayu berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar semalam.

“Keputusan ini menunjukkan pengaruh Mahathir tidak lagi signifikan dalam kalangan pengundi Melayu, malah semakin beliau terlibat dengan Pakatan Harapan semakin hilang pengaruh beliau,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO sanggup mengkhianati perjuangan parti Melayu Islam itu dengan bersengkongkol dengan Pakatan Harapan yang didominasi oleh parti cauvanis DAP sejak kebelakangan ini.

Malah, mantan Perdana Menteri itu berkempen untuk calon Pakatan Harapan dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan memburuk-burukkan UMNO serta Barisan Nasional (BN) dan juga PAS dalam ceramahnya.


Mahathir dipercayai bertindak demikian kerana berdendam dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang enggan menuruti pelbagai permintaannya termasuk dalam isu pembinaan jambatan bengkok di Johor.

Beliau sebelum ini cuba menjatuhkan Najib bagi menaikkan pengikut setianya, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri baharu manakala anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri namun gagal.

Sehubungan itu, Mahathir menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Najib dan kerajaan BN demi memenuhi kepentingan masing-masing. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori