KUALA LUMPUR – PAS menuduh Parti Amanah Negara (PAN) bertindak biadap dengan mensabotaj bahan kempen calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, tinjauan pihaknya di kawasan berkenaan mendapati gambar calon PAS telah ditampal dengan pelekat PAN.
“Petugas PAS tidak mudah terpengaruh dengan provokasi tidak matang seperti itu.
“Kita telah arah petugas PAS buang stiker tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.
PAN merupakan parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin parti itu yang disingkirkan dalam pemilihan PAS tahun lalu.
Kedua-dua parti itu mendakwa sebagai parti Islam tetapi PAS menuduh PAN khadam DAP manakala PAN mendakwa PAS parti yang tidak berakhlak Islam. – MYNEWSHUB.CC