Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

‘Menteri Luar Perlu Jawab...

SHAH ALAM - Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah seharusnya segera menjawab tentang...

Cara Memanfaatkan Pakaian Lama...

Himpunan baju lama yang sedia ada dan ditambah pula dengan yang baru dibeli,...

Kerajaan, BNM Longgarkan Syarat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) sedang berusaha melonggarkan syarat-syarat...

Turki Pertimbang Mengkasi Pendera...

ANKARA - Kerajaan Turki, hari ini sedia mempertimbang untuk memperkenalkan hukuman pengkasian kimia...

Kajian Pedofilia: Ahli Akademik, Profesional Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti ahli akademik dan profesional untuk membuat kajian serta menyediakan sukatan pelajaran bagi subjek pendidikan seks di sekolah dalam meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai jenayah pedofilia.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kajian berkenaan akan dibuat dalam masa terdekat sebaik sahaja barisan ahli akademik dan profesional itu mengadakan perbincangan dengan kementerian dan pihak lain.

“Kita mempunyai ahli akademik dan profesional yang mencukupi. Kajian itu penting bagi melihat dan menilai apa lagi yang tidak lengkap dan cukup dalam subjek pendidikan seks termasuk pendidikan awal kanak-kanak.

“Kajian ini dilakukan bersama-sama Kementerian Wanita, Pembangunan dan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Mahdzir dilaporkan berkata kerajaan bercadang memperkenalkan subjek pendidikan seks kepada kanak-kanak prasekolah untuk meningkatkan pengetahuan mereka dan kementerian akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan seperti pakar kanak-kanak tentang kaedah pelaksanaan yang sesuai.

Negara digemparkan dengan isu pedofilia apabila warga British, Richard Huckle mengaku bersalah merogol 22 kanak-kanak miskin di Kuala Lumpur dan telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup baru-baru ini.

Mahdzir menarik perhatian, antara tindakan lain yang dibuat kementeriannya selain daripada kajian itu adalah dengan berdialog, sentiasa berkomunikasi dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa dan masyarakat selain kempen kesedaran yang berterusan mengenai jenayah pedofilia ini.

Mengulas mengenai insiden pelajar yang cedera terkena mercun termasuk buatan sendiri, Mahdzir berkata setakat ini tiga kes diterima pihaknya yang disifatkan sangat merbahaya walaupun di luar kawalan mereka.


“Pelajar yang cedera ini adalah anak-anak kita yang masih bersekolah, tetapi telah putus tangan dan perlu bercuti untuk sementara waktu akibat kecederaan. Pastinya ini menjejaskan pelajaran mereka.

“NGO (Badan bukan kerajaan), PIBG dan masyarakat kita perlu nasihat dan awasi anak untuk mengurang dan mengelakkan kes ini berulang,” tambahnya.

Terdahulu dalam sesi soal jawab, Mahdzir memberitahu Dewan Negara bahawa kerajaan memperuntuk RM2.9 bilion tahun ini sebagai bantuan persekolahan kepada 5.1 juta pelajar di negara ini.

Katanya, terdapat 25 jenis bantuan persekolahan yang diberikan setakat ini.

Antaranya, bagi mengalak masyarakat Orang Asli dan Penan menghantar anak mereka ke sekolah, Kementerian Pendidikan telah memberi elaun kehilangan pendapatan sebanyak RM15 sehari kepada golonan ibu bapa yang menghantar dan menemani anak mereka ke sekolah.

Mereka juga menerima elaun makan RM4 sehari, selain para pelajar turut menerima elaun pakaian, buku, peralatan dan kesihatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori