PETALING JAYA – Ibu bapa menggunakan laman Facebook bagi melepaskan kemarahan mereka dengan mengutuk penjenayah seksual kanak-kanak, Richard Huckle.
Ramai yang menyifatkan hukuman yang bakal dikenakan terhadap lelaki pedofilia berusia 30 tahun itu tidak setimpal dengan segala tindakannya terhadap kanak-kanak.
Wan Royaha Wan Hussein kecewa dengan keinginan Huckle yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa aktiviti tidak bermoralnya.
“Anda adalah seorang syaitan yang menyamar! Neraka untuk anda,” kata ibu berkenaan.
Bridge Lai, ibu kepada dua anak kecewa dengan atas nasib kanak-kanak yang menjadi mangsa Huckle.
Dia menyifatkan Huckle sebagai seorang yang licik untuk menipu ibu bapa dan kanak-kanak.
Sementara itu Ganes Thangasamy, bapa kepada dua orang anak hairan mengapa maklumat lanjut tidak diberitakan kepada pihak berkuasa Malaysia.
“Saya tertanya-tanya mengapa Australia tidak pernah memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia,” kata beliau.
Serena Siew Ming Lye juga mempersoalkan mengapa polis Australia tidak bekerjasama secara langsung dengan polis Malaysia. – The Star/mStar Online