Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Gagalkan Cubaan...

JOHOR BAHARU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menggagalkan kegiatan menyeludup sebanyak...

Perkhidmatan Pakar 3 Hospital...

BANTING - Kementerian Kesihatan bercadang untuk menggabungkan perkhidmatan pakar tiga hospital di Selangor...

Mangsa Banjir Di Segamat...

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Lelaki Direman Bantu Siasatan...

JOHOR BAHRU - Polis hari ini mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan reman seorang...

Peguam Wakili Bekas Kakitangan Petrosaudi Tarik Diri

SINGAPURA – Para peguam Singapura mewakili Xavier Andre Justo, bekas kakitangan PetroSaudi International, telah menarik diri daripada terus mewakilinya, The Straits Times melaporkan hari ini.

Laporan itu berkata perintah mahkamah yang dikeluarkan pada Isnin oleh Penolong Pendaftar N. Ramasamy membenarkan permohonan oleh firma guaman Damodara Hazra untuk menarik diri daripada mewakili Justo dan firmanya, Justo Consulting dalam saman ke atas pemilik kumpulan media The Edge, Tong Kooi Ong dan dua yang lain.

Perintah mahkamah itu juga membenarkan para peguam untuk menyerahkan notis kepada Justo melalui perkhidmatan despatch ke penjara Bangkok kerana dia sekarang ditahan di penjara itu.

Laporan itu berkata dalam permohonan yang difailkan di mahkamah untuk memohon menarik diri daripada teus mewakili Justo, peguam Clement Ong menjelaskan bahawa peguam-peguam utama Justo dari firma guaman Lalive, yang berpusat di Geneva memberitahu bahawa mereka tidak lagi mewakili Justo.

Laporan berita itu berkata bahawa langkah menarik diri tanpa penggantian peguam bermakna proses saman itu akan berakhir dengan kegagalan.

Menurut laporan berita sebelum ini, yang berdasarkan dokumen-dokumen mahkamah yang difailkan November lalu, Justo mendakwa dia telah menyerahkan dua pemacu cakera liut dengan kehadiran Tong di Singapura tahun lepas sebagai ganjaran bagi AS$2 juta (RM7.77 juta) yang tidak pernah diterimanya.


Dia mahu barang itu, yang mengandungi data tentang PetroSaudi dan rakan kongsi perniagaannya 1Malaysia Development Bhd (1MDB) – dikembalikan dan mana-mana salinannya dimusnahkan, kata laporan itu.

Tong dilaporkan berkata bahawa Justo tidak mempunyai hak menyimpan pemacu cakera liut tersebut kerana ia dicuri dari PetroSaudi.

Justo, warga Switzerlan d, kini menjalani hukuman penjara selama tiga tahun di Thailand kerana cuba peras ugut PetroSaudi.

Maklumat dari Justo dikatakan dikaitykan dengan artikel yang disiarkan dalam The Edge dan The Sarawak Report mengenai 1MDB. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori