KETIBAAN Ramadan akan disambut meriah dengan amalan bertadarus Al Quran setiap malam selepas Solat Taraweh.
Penghayatan Al Quran adalah perkara yang tidak boleh ditinggal dalam menelusuri ibadah bulan mulia.
Sebagai meraikan kemeriahan bertadarus Ustaz Don Daniyal akan menyampaikan kuliah menghalusi ulum Al Quran dalam program popular 30 Minit Ustaz Don (30 MUD).
Fokus kuliah ialah mengenai subjek ilmu yang terkandung dalam dalam kalam Allah sera peluang mengenal Al-Quran dengan lebih dekat.
Penonton bertuah akan diberi peluang bersiaran di studio dalam sesi bertalaqi mata ke mata dengan Ustaz Don.
Selain berpeluang mendalami ilmu Al Quran bersama Ustaz Don, penonton juga akan dapat mendalami ilmu bacaan Al Quran bersama guru tersohor Ustaz Taha Hassan Azhari al-Hafiz.
Ustaz Taha akan turut mengupas mengenai Al Quran dan surah-surah serta sejarah berkaitan penurunan ayat-ayat kepada Rasulullah.
Selain itu Ustazah Noni yang lincah fasih berbahasa Arab akan mengajar kehalusan bahasa Arab dalam Al Quran.
Jadi jangan lupa ikuti program 30 MUD yang akan bersiaran tiga kali seminggu setiap Isnin, Selasa dan Rabu 9 malam. -MYNEWSHUB.CC