KEBERKATAN Ramadan tahun ini menyaksikan pelawak terkenal negara berbangsa India, Acappan selamat memeluk agama Islam, awal pagi tadi.
Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinan, 58, dikatakan pada mulanya memilih nama baharu Syahrin Abdullah.
Bagaimana pun setelah diberitahu bahawa makna nama tersebut adalah ‘sebulan’ maka beliau bersetuju dengan nama yang dipilih para jemaah yang menjadi saksi keislamannya iaitu Muhammad Ramadhan.
Menerusi Facebook Maulana Helmi turut dimaklumkan, Muhammad Ramadhan memeluk Islam di Surau Palembang, Jenderam Hilir, Dengkil.
Pelawak berasal dari Parit Buntar, Perak ini sudah 40 tahun menjadi anak seni di Malaysia.
Antara sitkom dan filem lakonannya ialah Santan Berlada, Orang Kampung Otak Kimia, Adik, Gila Bola, Biar Betul dan Suatu Malam Kubur Berasap.
Semoga Muhammad Ramadhan terus istiqomah, insya-Allah. – MYNEWSHUB.CC