Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bersatu Calonkan Muhyiddin Perdana...

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencalonkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai...

Pelbagai Perkara Diperhalusi Sebelum...

KUALA LUMPUR - Pelbagai perkara akan dipertimbangkan termasuk kesediaan guru untuk menjalankan pemeriksaan...

Kod Tata Amalan Sektor...

PUTRAJAYA - Pelaksanaan kod tata amalan bagi sektor komunikasi dan telekomunikasi dalam negara...

DPPM Dakwa Subsidi Minyak...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa kerajaan sebenarnya tidak mengeluarkan...

Pemalsuan Tandatangan Deklarasi Rakyat Gugat Keamanan Negara

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis dibuat oleh seorang pesara tentera harini berikutan isu pemalsuan nama dan kegiatan jual beli data rakyat di dalam dokumen Deklarasi Rakyat yang mana menurutnya bakal mengugat keamaan yang telah dikecapi negara.

Othman Abdul Majid, 65, yang pernah berkhidmat sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), mengatakan dia tidak mewakili mana-mana pihak dan bertindak demikian atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

tentera2

Saya masih mengingati bagaimana peritnya masyarakat di zaman darurat dahulu, jadi saya tak rela negara Malaysia ini digangu dan digugut oleh pihak-pihak yang mahu mengucar-kacirkan keamanan yang dikecapi sekarang,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Menurut Othman, dia berasa terpanggil untuk membuat laporan setelah membaca satu artikel di portal Malaysiakini berkenaan pemalsuan nama dan dakwaan berhubung penjualan pangkalan data dalam dokumen itu.

Saya mengharapkan pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan kiranya kalau benar apa yang didakwa oleh Malaysiakini dan individu-individu yang berkenaan, jadi saya mintak polis untuk menyiasat, itu sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, pengatur cara bebas komputer Azharuddin Othman mendakwa dirinya menjual kira-kira 900,000 nama daripada pangkalan data untuk digunakan bagi mengisi Deklarasi Rakyat.


Beliau mendakwa menyalurkannya melalui Syarul Ema Rena Abu Samah atau dikenali juga sebagai Ratu Naga, namun Ema menafikannya dengan bersumpah atas nama Allah dan menjunjung al-Quran.

Saya memohon siasatan dijalankan oleh pihak polis terhadap tandatangan yang dipalsukan oleh Azharudin dan Ratu Naga atau individu lain terhadap rakyat Malaysia yang disenaraikan dalam deklarasi rakyat.

Yang kedua, pencurian data yang disenaraikan dalam deklarasi rakyat dan siasat dalang yang terlibat untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah,” katanya lagi.

Polis pada 30 Mei lalu berkata akan memanggil Azharuddin untuk soal siasat. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori