Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mohamad Fuzi Harun Kini...

Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun semalam...

PATI Lolos Tahanan Polis...

KLANG - Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia yang lolos daripada tahanan...

Naza ‘Autoberfest’ Tawar Lebih...

KUALA LUMPUR - Naza Motor Trading (NW Motors), anak syarikat Kumpulan Naza, akan...

Mahkamah Tinggi Keluar Waran...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas...

Pemandu Treler Rempuh, Ranapkan Plaza Tol NKVE

SEBUAH treler merempuh Plaza Tol Subang di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu, pemandu treler mengalami kecederaan selepas gagal mengawal kenderaannya dan kemudian merempuh sebuah ambulans dan kereta di laluan kelima dan keenam plaza tol tersebut.

WhatsApp-Image-20160615 (2)

WhatsApp-Image-20160615

Tambah Zani, pemandu treler itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menerima awatan lanjut dan dua lagi pemandu yang terlibat tidak mengalami kecederaan.


“Kedua-dua pemandu lain dan jurutol yang terlibat dalam kemalangan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada kemalangan jiwa direkodkan,” katanya.

Kemalangan itu telah memusnahkan salah satu pondok tol dan muatan yang dibawa treler tersebut telah menyebabkan kerosakan pada ambulans dan kereta yang turut sama terlibat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori