Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

CNN Tak Sengaja Tayang...

STESEN penyiaran Amerika Syarikat, CNN mendapat malu besar apabila pekerjanya secara tidak sengaja...

Farid Kamil Didakwa Lagi,...

PETALING JAYA- Pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil sekali lagi didakwa di Mahkamah...

Krisis Politik Selangor: PKR...

PETALING JAYA – PKR menerusi Biro Politiknya bersetuju dengan tindakan Menteri Besar Selangor,...

PAS Yakin Menang Jika...

KOTA BHARU - PAS yakin boleh menawan Kedah jika Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Pemandu Treler Jubin Maut, Dua Lagi Mangsa Cedera

AYER KEROH – Seorang pemandu treler maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler yang terbalik berhampiran Restoran Jejantas Ayer Keroh di Kilometer 199.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, mangsa V Savarich, 44, yang memandu treler membawa muatan jubin maut di tempat kejadian akibat tersepit manakala pemandu treler tanpa muatan, G Kumar, 37, dan kelindannya, Mohammad Nazir, 26, masing-masing cedera pada anggota badan.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila treler tanpa muatan yang berada di lorong tengah lebuh raya dari Johor ke Ipoh, Perak itu hilang kawalan dan melintang di tengah jalan.

Kejadian itu menyebabkan pemandu treler jubin yang berada dari arah sama di belakang, gagal menahan brek lalu merempuh bahagian sisi kanan treler di depan. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz, berkata mangsa maut akibat pelbagai kecederaan, manakala dua lagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut.

“Kejadian dipercayai berpunca tindakan pemandu tanpa muatan itu memandu secara melulu hingga gagal mengawal kenderaannya selain faktor hujan dan jalan licin,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sementara itu, Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Penguasa Bomba Kanan II, Shahrulnizam Sidek, berkata sepasukan 10 anggota yang diketuainya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan dari Pusat Gerakan Operasi Melaka, jam 5.22 pagi.

“Kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya. – Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori