Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Banduan Merusuh Kerana Hamster...

LEICESTER (Britain) - Kematian seekor hamster yang menjadi haiwan kesayangan seorang banduan mencetuskan...

Shawn Mendes Nyanyi Lagu...

SELEPAS hits dengan lagu Stitches, penyanyi  kelahiran Kanada, Shawn Mendes tampil dengan single...

Valencia Akhiri Rekod Tanpa...

MADRID - Valencia bangkit daripada ketinggalan untuk menamatkan rekod tanpa kalah Real Madrid...

DCA Diarah Percepat Proses...

SEPANG - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan Jabatan Penerbangan...

Pemimpin Melayu DAP Kritik Hukum Hudud

KUALA LUMPUR – Pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari mendakwa undang-undang hudud jika dilaksanakan di Malaysia akan mengundang bias sosial ke atas golongan wanita, orang miskin dan masyarakat minoriti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera memberi contoh hukuman sebat akan dikenakan ke atas mereka yang berzina, membuat fitnah dan minum arak manakala penjara ke atas mereka yang murtad atau berfahaman Syiah.

Malah, beliau melahirkan kebimbangan jika kes curi, rompakan dan liwat akan terkeluar daripada undan-undang Persekutuan dan diletak di bawah undang-undang syariah.

Justeru, kata beliau, pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian (Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2015) Akta 355 di Parlimen oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini menimbulkan kebimbangan ramai pihak.

“Abdul Hadi menegaskan bahawa rang undang-undang itu hanya bertujuan untuk mengangkat martabat mahkamah syariah dan bukan untuk memperkenalkan hukum hudud di Kelantan. Adalah salah untuk mengatakan bahawa rang undang-undang ini tidak berkaitan dengan hudud.

“Melalui rang undang-undang ini, jenayah yang jatuh di bawah undang-undang persekutuan seperti pencurian, rompakan dan liwat telah dikecualikan. Pemansuhan had dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) membolehkan kebanyakan daripada hukuman yang ditetapkan di bawah hukum hudud khususnya 100 sebatan untuk zina, 80 sebatan untuk qazaf (fitnah zina), 40-80 sebatan kerana mabuk dan hukuman penjara bagi mereka yang sesat dan murtad,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.


Sehubungan itu, kata Zairil, cadangan untuk mengangkat martabat mahkamah syariah seperti yang dibentangkan di Parlimen itu akan mengundang bahana kepada negara.

Menurutnya, ia bukan sekadar memberi kuasa hampir mutlak kepada sistem undang-undang syariah dalam penentuan hukuman, ia akan turut memisahkan masyarakat serta menyekat kebebasan peribadi umat Islam.

“Apakah jaminan bahawa sistem ini akan mengadili mereka dengan adil?” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori