Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bauksit Mungkin Masih Dilombong...

KUANTAN - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi...

Pendakwaan Gagal Cabar Kebolehpercayaan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwaan untuk mencabar kebolehpercayaan Datuk Seri...

Ribut Kuat, Pokok Tumbang...

RIBUT kuat beserta hujan batu yang melanda ibu kota menyebabkan berlaku beberapa kemusnahan...

Lagu Bali Popular Di...

JAKARTA – Seorang penyanyi malar segar Indonesia, Ayu Laksmi tidak menyangka lagu-lagu dirinya...

Pemuda Maut Kereta Bertembung Lori

KEMAMAN – Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 136 Jalan Kuala Terengganu Kuantan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa Mohd Rizal Shafie, 36, terbunuh di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Nahas berlaku selepas kereta Proton Persona dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori lima tan tanpa muatan itu.

Ketika kejadian mangsa dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu, dan ekoran kemalangan itu juga menyebabkan dua kereta Perodua Myvi merempuh dan bergesel dengan kereta mangsa serta lori berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.


Beliau berkata pemandu lori berusia 42 tahun serta dua pemandu kereta Perodua Myvi terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.Ketika kejadian hujan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori