Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

IADA Optimis Hasil Padi...

KOTA BELUD - Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud optimis mampu mengeluarkan...

Tingkat Usaha Kebersihan Untuk...

KUALA LUMPUR - Masyarakat perlu bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam memerangi wabak denggi dengan...

Doktor Pelatih Mungkin Jalani...

KUALA LUMPUR  – Kementerian Kesihatan sedang mempertimbang cadangan untuk membenarkan doktor pelatih menjalani latihan di hospital universiti...

AirAsia Sedia Turunkan Tambang...

SEPANG - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia bersedia untuk menurunkan harga tambangnya bagi...

Pemuda Maut, Kereta Bertembung Lori Di Kota Tinggi

KOTA TINGGI – Seorang pemuda maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di KM3, Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran Taman Kota di sini, hari ini.

Dalam kejadian 4.35 pagi itu, Mohd Ilham Ismail, 21, yang memandu kenderaan Proton Wira dari arah Kota Tinggi menghala ke Kluang telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler membawa baja yang menuju ke Kota Tinggi.

Susulan kemalangan itu, mangsa yang beralamat di Kampung Jawa Dalam, Kota Tinggi di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman hari ini.

“Pemandu treler, Zolkefly Ngadnan, 50, tidak cedera,” katanya dalam kenyataan di sini.


Menurutnya siasatan awal mendapati tempat kejadian merupakan jalan empat lorong dua hala yang lurus dan bergarisan putih berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya sambil mengingatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan memberi tumpuan sepenuhnya ketika di jalan raya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori