Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Konsep ‘Fairytale’ Tema Majlis...

PASANGAN sensasi, Fattah Amin dan Fazura sebulat suara memutuskan untuk memilih konsep kisah...

Budak Pura-Pura Diculik Kerana...

SEORANG remaja yang ingin menguji sama ada bapanya menyayanginya atau tidak, telah melakonkan...

KKM Bincang Dengan Pengeluar...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kit ujian...

Minta Sekolah Tak Sembunyi...

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu pentadbiran sekolah segera melaporkan sebarang...

Pendapatan Pengusaha Inap Desa Meningkat 5%

MELAKA – Jumlah pendapatan pengusaha perkhidmatan inap desa di negara ini meningkat sebanyak lima peratus kepada RM8.7 juta dalam tempoh Januari hingga April tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata jumlah pendapatan berkenaan melibatkan 3,723 pengusaha inap desa daripada 187 kluster berdaftar yang menyediakan 5,236 bilik.

Beliau berkata pendapatan bagi seorang pengusaha inap desa yang berdaftar dianggarkan antara RM2,000 dan RM3,000 sebulan, dan jumlah tersebut memberi impak cukup besar kepada pengusaha dalam meningkatkan taraf hidup dan pendapatan mereka.

“Kami menjangkakan jumlah pendapatan bagi pengusaha inap desa di negara ini akan terus meningkat 10 peratus setiap tahun pada masa akan datang selain peningkatan jumlah pengusaha dan bilik.

“Kami sentiasa mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk menceburi industri inap desa terutama kalangan generasi muda yang masih menganggur,” katanya kepada pemberita selepas program ‘We Are the Host 2016’ di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata mereka yang berminat menjadi pengusaha inap desa diminta berhubung dengan pegawai di Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan masing-masing untuk mendapatkan khidmat nasihat.


Beliau berkata sembilan inap desa telah berdaftar dengan kementeriannya di negeri ini antaranya di Melaka Pindah dan Kampung Paya Lebar di Alor Gajah dekat sini.

Sementara itu, katanya kementeriannya melalui Unit Inap Desa akan membuat pemantauan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun bagi menilai kualiti perkhidmatan inap desa yang ditawarkan pengusaha yang berdaftar.

“Kami berharap pengusaha yyang terlibat akan menitikberatkan soal kebersihan dan kualiti perkhidmatan yang diberikan kerana jika tidak ia akan memberi impak pada industri inap desa di negara ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori