Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pembeli Misteri Lukisan Leonardo...

AKHIRNYA pembeli misteri lukisan Leonardo da Vinci yang bernilai $450.3 juta didedahkan.Beliau adalah...

Video: Lenovo Perkenalkan Produk...

SEOLAH-OLAH Lenovo tidak berpuas hati dengan hanya membuat telefon pintar, smartwatches, tablet dan komputer...

Nala Si Kucing Popular,...

SESIAPA yang memiliki akaun laman sosial Instagram pasti pernah terjumpa atau tertengok kucing...

Mangsa Banjir Di Kuantan...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Kuantan sedikit menurun dengan 421 orang masih...

Pengarah ABN Xcess Didakwa Lewat Bayar PCB RM785,000

SHAH ALAM – Seorang pengarah syarikat televisyen berkabel didakwa hari ini atas sembilan pertuduhan lewat membayar potongan cukai berjadual (PCB) pekerjanya berjumlah lebih RM785,000 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dua tahun lepas.

S. Sreedhar, 54, Pengarah Syarikat Asian Broadcasting Network (M) Sdn. Bhd. (ABN Xcess) selaku orang kena saman (OKS), bagaimanapun tidak hadir pada prosiding di Mahkamah Majistret di sini dan diwakili wakil syarikat itu, R. Subashini.

Pengakuan tidak bersalah direkodkan bagi semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret P. Sarulatha.

Sreedhar didakwa sebagai majikan, gagal membayar kepada ketua pengarah Hasil Dalam Negeri, amaun cukai yang perlu dipotong dan dibayar daripada saraan pekerjanya (PCB) bagi bulan Jun hingga Disember 2014 serta Ogos dan November 2014 (bagi Arahan Potongan Gaji CP38) dalam tempoh yang ditetapkan.

Jumlah keseluruhan tunggakan PCB bagi bulan-bulan berkenaan ialah RM785,641.78.

Pertuduhan di bawah Kaedah 10(1) dan Kaedah 17, Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan daripada Saraan) 1994 itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM200 dan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Sarulatha menetapkan 10 Ogos ini untuk penyerahan dokumen.

Pendakwaan dilakukan Peguam Hasil, Mohd Sabidi Samsi Sidik sementara Sreedhar diwakili peguam, B. Shankar Govinth. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LHDN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori