BALAKONG – Seorang peniaga bertindak membakar gerai bazar Ramadan yang diusahakan sebagai tanda protes kerana berang dengan tindakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) merampas kanopi perniagaannya petang semalam.
Dalam Kejadian kira-kira pukul 5.05 petang itu, peniaga tersebut dikatakan tidak dapat menahan kemarahan apabila anggota penguatkuasa bertindak mengangkut peralatan perniagaan ketika mula beroperasi di tapak itu.
Sebelum kejadian, kira-kira 50 peniaga menjalankan protes mendesak MPKj agar membenarkan mereka menjalankan perniagaan di sepanjang Jalan Cengal 4 Taman Impian Ehsan.
Keadaan bagaimanapun bertukar tegang apabila salah seorang dari peniaga tiba-tiba menuang minyak petrol di atas meja gerai malah turut melumur minyak di badannya.
Rakan peniaga terbabit kemudian menyalakan api menyebabkan payung kanopi dan meja hangus terbakar.Kesimpulannya, di dalam bulan ramadhan ini jangan bergaduh antara satu sama lain,bahkan kita eratkan hubungan silaturahim sesama kita. – MYNEWSHUB.CC